[+] CLOSE

Newsletter Subscription

 
 
 

Payment Methods (BM)

  1. Pelajar adalah diwajibkan untuk membuka Akaun Simpanan CIMB Bank bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan pembayaran dan pinjaman pelajaran.
  2. Semua pembayaran perlu dibuat di atas nama GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE melalui Nombor Akaun 800 2777 436 (CIMB Bank).
  3. YURAN PELBAGAI (PENDAFTARAN PERTAMA) PERLU DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 1 MINGGU SEBELUM TARIKH PENDAFTARAN ATAU LEBIH AWAL (Sila rujuk Struktur Yuran).
  1. Pilihan kaedah-kaedah pembayaran yang dibenarkan:
     

No.

Kaedah Pembayaran

Bukti Pembayaran

i

 CIMB Clicks (online)

 Laporan transaksi bayaran

ii

 Bank-in (melalui kaunter CIMB Bank  sahaja)

 Salinan slip bank-in

iii

 Inter Bank Giro (IBG)

 Laporan transaksi bayaran

iv

 Tunai di kaunter pejabat

 Resit rasmi GMI


Nota Penting:

Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada pembayaran melalui kaedah yang tidak dibenarkan adalah tertakluk kepada tanggungjawab pelajar sendiri.

  1. Bukti pembayaran yang telah dibuat kepada akaun bank GMI perlu dimaklum atau dihantar kepada GMI melalui pilhan kaedah-kaedah yang berikut:
     

No.

Kaedah Makluman Bukti Pembayaran

Nota

i

 Email (sila pastikan lampiran dokumen  adalah jelas dan boleh dibaca).

 Tajuk email: BUKTI PEMBAYARAN  PENDAFTARAN PELAJAR BARU

 Email: finance@gmi.edu.my

ii

 Pos / Faks / Hantar terus ke kaunter  pejabat.

 Kepada: SEKSYEN KEWANGAN, GMI

 

Nota Penting untuk Bukti Pembayaran:

Sila catatkan maklumat (i) Nama Pelajar (ii) No. K/P dan (iii) Nama Program pada salinan bukti pembayaran anda sebelum dihantar kepada GMI untuk memudahkan proses pengesanan pelajar.

Pelajar harus bertanggung jawab di atas sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada bukti pembayaran yang tidak dicatat dengan maklumat seperti yang dinyatakan.

 

  1. Sila simpan salinan asal bukti pembayaran anda sebagai rujukan & semakan pada Hari Pendaftaran.
  2. Resit rasmi pembayaran hanya akan dikeluarkan bagi pembayaran yang telah sah diterima oleh Seksyen Kewangan, GMI sahaja.
  3. Untuk maklumat lanjut berkaitan pembayaran yuran untuk pelajar baru, sila hubungi Seksyen Kewangan GMI melalui:
    Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9290 atau 03-8921 9260 atau 03-8921 9365
    Email: finance@gmi.edu.my
    Faks: 03-8921 9001