Gotong-Royong Perdana German-Malaysian Institute

Alhamdulillah! Selesai sudah aktiviti gotong-royong pada hari ini yang telah disertai oleh kakitangan dan pelajar GMI yang bertujuan untuk mencantikkan serta menceriakan kampus GMI yang indah lagi dicintai ini.

Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi menjayakan aktiviti pada hari ini.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa yang bertujuan bukan sahaja untuk menceriakan kampus,tetapi juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah dan silaturrahim diantara kakitangan dan pelajar GMI daripada pelbagai peringkat dan latar belakang.

#gmi #wowgmi #welovegmi #gmicorpcomm #gmicares #gmisupport #gotongroyonggmi #mara