Kajang, 27 September 2023 – Terima kasih diucapkan kepada delegasi panel Penilai daripada Malaysia Board of Technologists (MBOT) atas lawatan Akreditasi Penuh (Kitaran Baru) ke German-Malaysian Institute pada 26 & 27 September 2023.
Dua program diploma daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menjalani proses penilaian akreditasi iaitu program:
Diploma in Engineering Technology (Industrial Design)
Diploma in Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
Delegasi panel MBOT diketuai oleh Ts. Dr. Norhayati binti Yahaya dan dibantu oleh ahli panel penilai MBOT yang lain iaitu Ts. Ameran bin Saiman, Ts. Dr. Ahmad Khushairy bin Makhtar dan Ts. Mohd Hafez bin Abd Rahman. Sekretariat MBOT diwakili oleh En. Kamal Khairi bin Mazlan dan Pn. Nur Shazalina binti Ghazali.
Ucapan alu-aluan disempurnakan oleh Pengarah Urusan GMI Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusof serta barisan pengurusan GMI.
Semoga lawatan akreditasi ini terus menjamin kualiti yang terbaik khususnya untuk kedua-dua program Diploma in Engineering Technology (Industrial Design) dan Diploma in Engineering Technology (Machine Tools Maintenance) agar sentiasa berdaya saing dan melahirkan graduan GMI yang dinamik dan holistik.