Menu

Majlis Penyerahan Bantuan FoodBank YaPEIM – GMI ‘Ready to Eat’

16 Februari 2021 (Selasa)

Tempat : Lobi Pelita Ilmiah

GMI mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak YaPEIM kerana menyantuni 126 orang pelajar GMI dan kami amat bangga dan berbesar hati kerana terpilih sebagai penerima bantuan dari YaPEIM.

Objektif program ini adalah untuk meringankan beban pelajar-pelajar golongan B40 dengan bantuan pek makanan kering seperti ini. Terima kasih kepada Puan Nor Azila selaku Pemangku Pengurus Negeri, YaPEIM, kerana telah memilih pelajar- pelajar kami untuk menerima bantuan berupa pek makanan.

Sekali lagi, warga GMI ingin merakamkan penghargaan kepada pihak YaPEIM atas kejayaan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada tenaga kerja GMI dan pelajar –pelejar yang telah membantu dalam melancarkan lagi perjalanan program ini.

Pihak kami juga ingin memohon kemaafan andai ada salah dan silap dalam usaha kami menguruskan program ini sama ada sebelum, semasa dan selepas program. Segala kekurangan dan kelemahan amat kami kesali. Semoga program sebegini akan lebih kerap diadakan dan mendapat sokongan dari semua pihak.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh hubungi Puan Aisyah (013-2222945)

#gmi #yapeim #mara #kplb #mgcc