Projek ‘Cloud Based-Autonomous Parcel Sorting System’ hasil inovasi pensyarah dan pelajar GMI

Oleh : Bahagian Komunikasi Korporat

ccs@gmi.edu.my

KAJANG – 17 Oktober 2019 : Inovasi penghasilan projek ‘Cloud Based-Autonomous Parcel Sorting System’ adalah gabungan aplikasi android and ‘cloud database’ beserta kawalan sistem automasi oleh pasukan GMI yang terdiri daripada dua orang pensyarah dan empat pelajar akhir Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik.

Menurut Ts Nor Afandi Sharif, dan Khairulbadri Ahmad,yang merupakan pensyarah program Mekatronik, sistem ini mengambil kira kepesatan pembangunan teknologi berteraskan iR4.0.Projek ini berjaya merangkul pingat platinum dalam pertandingan inovasi,’Melaka International Exhibition Exhibition Expo 2019’ (MIX2019) yang diadakan di Hotel Mudzaffar,Ayer Keroh pada 5 dan 6 September 2019 yang lalu.

Pertandingan tersebut berdepan pelbagai saingan daripada Institusi Pengajian Tinggi(IPT) dari dalam dan luar negara.Secara tidak langsung pasukan dari German-Malaysian Institut (GMI) telah mengharumkan nama Institusi Pendidikan Mara (IPMA) dan Majlis Amanah Rakyat.

Menurut Ts Nor Afandi lagi,juri-juri professional memberikan tindak balas positif dalam memperkembangkan potensi sistem tersebut ke tahap yang lebih baik. Sistem yang mempunyai elemen ‘Internet of Things (IoT) dibangunkan khas dalam sistem logistik berpusat membuatkan ia sesuai untuk kegunaan syarikat ‘e-commerce, seperti Zalora,Lazada dan sebagainya.

MIX2019 telah disertai oleh lebih daripada 50 IPT seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Politeknik dan IPT dari Indonesia.