Menu

Sekalung Harapan Buat Wakil GMI ke Peringkat Akhir Worldskills Malaysia

Kajang, 18 September 2023 – Seluruh warga German-Malaysian Institute mendoakan kejayaan buat wakil-wakil GMI yang akan bertanding di peringkat akhir Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2023 dalam bidang IT Network Systems Administration, CNC Milling dan Prototype Modelling iaitu:

Mior Muhammad Idham Bin Mior Darul Ridzuan (EED)
Ahmad Farhan Ferhad Bin Marzuki (MED)
Abdul Muizz Bin Affandi (MED)

Worldskills Malaysia Pengajar (WSMP) 2023 dalam bidang Mechatronics, Prototype Modelling, Plastic Die Engineering dan Additive Manufacturing pula diwakili oleh sekumpulan pensyarah muda GMI iaitu:

Mr. Mohd Izhar Bin Ali (EED)
Mr. Afiq Farees Jamil (EED)
Mr. Taufik Bin Mohamed Supri (MED)
Mr. Ahmad Faizal Bin Zainal Abidin (MED)
Mr. Rashdin Bin Ramli (MED)
Mr. Ahmad Hafifi Bin Abu Bakar (MED)

Lebih mengujakan apabila GMI menjadi tuan rumah pertandingan berprestij ini untuk Prototype Modelling, Plastic Die Engineering dan CNC Milling bertempat di Kompleks Teknologi 2 dan Kompleks Teknologi 3, yang merupakan bangunan Mechanical Engineering Department (MED).

Dipanjatkan harapan agar mereka berjaya membawa pulang pingat emas bagi WSMB dan pingat emas atau platinum bagi WSMP yang melayakkan mereka untuk menerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2023.

“TVET, Pilihan Kemahiran Anda”