
German-Malaysian Institute ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Alumni GMI, Saudara Syamsul Nizam bin Azmee kerana telah dinobatkan sebagai ANUGERAH KHAS IKON TEKNOUSAHAWAN TVET@KKDW 2023 serta ANUGERAH IKON KEUSAHAWANAN (BIDANG TEKNOLOGI DAN ICT) di Majlis Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW 2023 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sebentar tadi.
Delegasi GMI yang hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif GMI, Tn. Solihin Yusoff, Barisan Ahli Pengurusan, Tenaga Pengajar, Kakitangan Sokongan serta para pelajar GMI.
Syabas diucapkan! Semoga terus maju jaya! Terima kasih Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Sedikit info menegenai Syamsul Nizam bin Azmee;
Pengarah Urusan SS Rover Sdn. Bhd. – Syarikat perunding dan servis operasi dasar laut & teknikal menggunakan ROV (Remotely Operated Vehicle).
Prestasi jualan tahun 2022 mencecah sehingga RM5 juta.
Kolaborasi meluas dalam dan luar negara bersama rakan strategik: Weston Robot, Port Consultants Rotterdam, Bluestream Academy, Petrogas E&P dan Indepth Consultants Ltd. Intelligent Robotics System Solutions Sdn. Bhd., Dagang NeXchange Berhad, Bumi Subsea Solutions Sdn. Bhd.
Jurulatih Program latihan ROV Pilot Tech anjuran Netherland Maritime University College (NMUC) dan kursus Train The Trainer anjuran Human Resources Development Corporation (HRD Corp.).
Mendapat pengiktirafan JPK dalam pembangunan NOSS bagi program latihan ROV. MOU bersama GMI dan Universiti Teknologi Sarawak bagi kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan program latihan ROV.
Penerima Anugerah Usahawan Muda 2021/2022 MARA.


