Program Khidmat Masyarakat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Melaka.
31 Mei 2024 – Unit Mata Pelajaran Umum (MPU), FPGS telah mengadakan khidmat masyarakat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Melaka. Pusat ini melaksanakan aktiviti melindungi, memulihara dan mengurus spesies penyu karah.
Seramai 8 kakitangan dari Unit Mata Pelajaran Umum, GMI yang terlibat dalam program ini, yang terdiri daripada Pn. Norazita, Pn. Nik Aisyah, Drs. Idris, Pn. Norsannah, En. Mohd Ariff Shah, Pn. Noorhayati, En. Mohd Hasrul, dan En. Mohammad Fareez.
Tujuan utama khidmat masyarakat ini ialah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan ekosistem penyu dalam kitaran kehidupannya di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli unit MPU.
Kami berpeluang untuk menjalankan aktiviti seperti evakuasi penyu dan memindahkan anak-anak penyu ke tempat yang selamat sebelum dilepaskan ke laut.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami telah diberikan taklimat tentang ekosistem penyu oleh En Arif wakil daripada Pusat Konservasi Penyu.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan program ini dan berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan.
Terima Kasih.