Kampus GMI, 16 Februari 2024 – German-Malaysian Institute (GMI) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Nurwina Anuar, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif), UKM yang telah menyampaikan slot motivasi kepada pelajar IESP-TVET 2023. Matlamat program ini adalah memberi manfaat kepada peningkatan motivasi, meningkatkan fokus pada tujuan akademik dan menghasilkan prestasi yang lebih produktif dalam kehidupan mereka serta mengukuhkan ikatan ukhuwah yang terjalin dalam kalangan mahasiswa IESP-TVET 2023 dapat diperkukuhkan.
Turut hadir di majlis “farewell” Lunch with IESP-TVET adalah Ketua Pegawai Eksekutif German-Malaysian Institute, Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff, Timbalan Pengarah Urusan GMI (Akademik & Operasi), Ts. Fahrul Rizal bin A. Halim, Timbalan Pengarah Urusan (Khidmat Korporat), Ts. Dr. Muhamad Farid bin Daud, Pendaftar, Pn. Aini binti Arshad, barisan pengurusan GMI serta kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini.




