Menu

GMI – Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional (KPM) Tandatangani MoU Kerjasama Pendidikan Teknikal

Kajang, 18 Ogos 2023 – Sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh German-Malaysian Institute (GMI) dan Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia pada pagi ini.

Telah hadir untuk menandatangan MoU ialah Tuan Haji Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Pengarah Urusan dan Ts Dr Muhamad Farid Daud, Timbalan Pengarah Urusan (Akademik dan Operasi) dari GMI. Dari pihak BPLTV pula, turut hadir ialah Ts Zulkernai Fauzi, Timbalan Pengarah Kanan dan Puan Nur Fakhriyyah El-Emin Muhardi.

Memorandum yang baru ditandatangani tersebut telah menjadi sebuah lambang bagi kerjasama, sinergi, dan perkembangan bagi GMI dan BPLTV. Semoga kerjasama ini menjadi asas kepada inovasi, kemajuan, dan kejayaan bersama.

Selaras dengan itu, GMI juga turut meraikan guru-guru teknik dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia yang baru menamatkan kursus jangka pendek mereka di GMI pada 15 hingga 18 Ogos 2023.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta kursus tersebut.