
Kajang, 24 Mei 2023 – GMI telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MOA) bersama SS Rover Sdn. Bhd. pada 23 Mei 2023 bagi kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan program latihan. Memorandum tersebut ditandatangi di antara Pengarah Urusan GMI, Prof. Ir. Dr. Azmi Bin Hassan, dan Ketua Pegawai Eksekutif SS Rover Sdn. Bhd., Encik Badrulhisham bin Haji Ab Hapidz.
Majlis menandatangi MOA tersebut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Urusan (Akademik & Operasi) GMI, Ts. Dr. Muhamad Farid bin Daud; Timbalan Pengarah Urusan (Khidmat Korporat) GMI, Ts. Fahrul Rizal bin A. Halim; Ketua Jabatan Kejuteraan Elektronik, Ts Syed Nizam bin Syed Idris dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Ts Dr Rohaya Kamaludin bersama barisan kakitangan GMI yang lain.
Turut hadir bersama-sama adalah wakil-wakil dari pihak SS Rover Sdn. Bhd. dan antaranya Pengarah Urusannya, Encik Syamsul Nizam bin Azmee Bhd. Rakan industry SS Rover Sdn Bhd, Technology Depository Agency (TDA) Berhad, juga turut menghantar wakilnya untuk menyaksikan pemeteraian MOA tersebut.
Pemeteraian MOA ini diwujudkan bertujuan untuk menjalankan kursus-kursus pendek, peluang untuk perkongsian pengetahuan serta kepakaran professional dengan industri. Dalam pada itu, kedua pihak bersetuju untuk mewujudkan kurikulum yang kompreshensif untuk pendidikan dan latihan ROV di mana peserta akan dianugerahkan persijilan “ROV Pilot Specialist” oleh SS Rover setelah tamat latihan.
MOA ini juga berfungsi menjadi peluang untuk penajaan dan pembiayaan akan terbuka bagi program pendidikan, latihan ROV dan penempatan kerja peserta dalam industri.