Kajang, 27 Julai 2023 – German-Malaysian Institute telah menerima kunjungan delegasi daripada Kolej Vokasional Keningau, Sabah yang diketuai oleh Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Puan Christine Stanislaus Kinsik.
Timbalan Pengarah Urusan (Akademik & Operasi) GMI, Ts. Dr. Muhamad Farid bin Daud mengiringi delegasi berkenaan untuk lawatan ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi melihat kemudahan latihan di makmal-makmal.






Semoga dengan lawatan ini diharapkan memberi impak berkesan kepada warga pendidik negara dalam bidang teknikal dan vokasional terhadap kemampuan teknologi Jerman dalam menyediakan tenaga kerja mahir industri khususnya melalui teknologi tersedia di GMI.
Hingga bertemu lagi!
