Program Jejak IPT 2024 anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan MARA Negeri Selangor dengan tajaan Maybank Islamic Berhad telah berlangsung dengan jayanya di German-Malaysian Institute (GMI) pada 24 Oktober 2024 melibatkan pelajar dari Akademi Integrasi Tahfiz Al-Falah (AITAF) dan Akademi Lembah Ilmu (AKLI).
Pelbagai pengisian program telah diatur termasuklah sesi Sembang Santai Idola bertajuk “Di Mana Peluang Lepasan Tahfiz?” bersama panelis yang juga merupakan graduan IPMa. Para pelajar juga di bawa melawat ke Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal GMI.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Zainal Rashid bin Zakaria, Pengarah Kanan YPM, dan dihadiri oleh Encik Mohd Khaizan bin Dahlan, Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor serta tetamu kehormat yang lain.
Tidak ketinggalan, Tuan Haji Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif GMI telah meluangkan masa untuk hadir melawat reruai pameran dan beramah mesra dengan tetamu kehormat.
Terima kasih kepada Pejabat MARA Negeri Selangor kerana memilih GMI sebagai lokasi program pada kali ini. Diharapkan maklumat mengenai peluang peluang pendidikan di Institut Pendidikan MARA (IPMa) termasuklah GMI serta bentuk pinjaman pendidikan yang disediakan oleh badan-badan pembiayaan terutamanya MARA dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Sehingga bertemu lagi!