Menu

KARNIVAL KERJAYA BELIA 2021

Karnival Kerjaya Belia 2021, anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama German-Malaysian Institute (GMI) dan beberapa IPT lain yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2021 secara dalam talian.

Bagi para belia khususnya graduan GMI yang sedang mencari pekerjaan, rebutlah peluang ini untuk menghadiri sesi temuduga secara dalam talian. Daftar sekarang di https://careerfair.perkeso.gov.my.

Saksikan Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia 2021 yang akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan bersama Menteri Sumber Manusia, YB. Datuk Seri M. Saravanan secara dalam talian pada 21 Oktober jam 10.00 pagi.

Majlis boleh ditonton secara Live Streaming di Facebook Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial & i-LEAD.

JOM rebut peluang ini!!! Pelbagai peluang pekerjaan menanti anda!