Kajang, 19 Oktober 2023 – Kunjungan Hormat YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan TVET Melaka dan delegasi daripada Melaka International College of Science (MiCoST) serta Malaysia Investment Development Authority (MIDA) Melaka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada delegasi YB. Datuk Khaidhirah kerana sudi mengadakan kunjungan hormat ke German-Malaysian Institute.
Delegasi-delegasi terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST, Datuk Mohamad Azmi bin Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka, Datuk Ginie Lim, delegasi daripada Ibu Pejabat MIDA, Pengarah Bahagian Pengurusan Bakat Industri & Ekspatriat, Pn. Azrina binti Hashim, delegasi daripada MIDA Melaka disertai Pengarah, En. Jaibalan Harirajan telah disambut oleh Pengarah Urusan GMI Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff serta barisan pengurusan GMI.
Semoga lawatan ini sedikit sebanyak memberikan maklumat mengenai GMI kepada semua delegasi yang hadir dan secara tidak langsung dapat mewujudkan jalinan industri dan latihan berterusan kepada tenaga mahir khususnya dari negeri Hang Tuah.
Sehingga bertemu lagi!







