Kajang, 25 Oktober – German-Malaysian Institute (GMI) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan tahlil untuk Almarhum Datuk Muhammad Feisol Haji Hassan bertempat di Surau An-Najah GMI.
Dalam majlis tersebut, Tuan Haji Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif GMI telah memberi taklimat ringkas dan menyampaikan sumbangan penghargaan daripada Badan Kebajikan Islam (BKI) GMI kepada warga kerja GMI yang akan menamatkan perkhidmatan mereka.
Semoga semua penghargaan ini memberi inspirasi dan menguatkan lagi ukhwah antara kita.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyemarakkan suasana.
Semoga keberkatan ini terus mengiringi kita semua.




