German-Malaysian Institute (GMI) ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar Diploma in Creative Multimedia dari Jabatan Komputer & Informasi (CID), Saudara Muhammad Amirul bin Mohd Razali kerana telah terpilih sebagai salah seorang sukararelawan dalam Program Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSCV) ke Vietnam 2024.
Seramai 50 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah terpilih untuk menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSCV) ke Vietnam 2024. Majlis flag off misi ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Seramai 1,040 mahasiswa daripada pelbagai IPT telah menghadiri sesi temuduga pada bulan Mac lalu. Daripada jumlah tersebut, 50 orang pelajar yang terpilih untuk ke misi ini telah menunjukkan prestasi luar biasa semasa sesi temuduga serta lulus tapisan kesihatan mental dan fizikal. Para pelajar dijangka akan berlepas ke Vietnam untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan bermula pada 4 Julai sehingga 9 Ogos 2024.
Tidak dilupakan, Alumni GMI, Saudari Arshada Nadia binti Abdullah dari Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) yang juga terpilih dalam Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSCV) ke Vietnam 2024.
Syabas Amirul dan Arshada, semoga terus maju jaya!
Sumber: https://www.perpaduan.gov.my/…/misi-sukarelawan-siswa…

