Kajang, 17 Januari 2024 – German-Malaysian Institute ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali atas kehadiran beliau ke GMI, untuk mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan MARA pada hari ini. Ketibaan YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif GMI, Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff, bersama Barisan Pengurusan dan Kakitangan GMI.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali atas kesudian beliau untuk merasmikan Pusat Bahasa Jerman (GLC) di Jabatan Asasi, Pra-Universiti, dan Pengajian Umum GMI.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali atas kesudian beliau untuk beramah mesra bersama pelajar-pelajar dari Busan National Mechanical Technical High School yang sedang mengikuti program Effective Communication Skills Workshop melalui Project-Based Learning, serta melawat pusat-pusat teknikal GMI.
Kami berharap dapat bertemu lagi di masa yang akan datang!