Simple Steps To Pre-Book GMI Hall Facility:
- Check availability in the calendar below
- Pre-booking must be done 3 days before use.
- Choose either external or internal pre-booking at the button below
- Fill in online pre-booking form
- We will contact you via email after 3 working days to confirm your reservation.
Rules and Regulations
GMI berhak untuk mengambil tindakan atau membatalkan tempahan jika didapati penyewa gagal mematuhi peraturan dan syarat-syarat penggunaan auditorium yang telah ditetapkan dan tidak akan membayar sebarang ganti rugi.
- Pengesahan tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Surat Tawaran/Surat kelulusan dengan mengemukakan pembayaran 50% dari jumlah keseluruhan sewaan.
- Resit pembayaran pengesahan tempahan (Salinan) bersama–sama borang Persetujuan Penyewaan Dewan German–Malaysian Institute (Salinan surat persetujuan hendaklah dikemukakan ke unit Pengurusan Fasiliti di Blok Bangunan Pentadbiran.
Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan selewat–lewatnya tiga puluh (30) hari dari tarikh penggunaan dan permohonan pengembalian wang perlu dibuat dan dihantar ke unit Pengurusan Fasiliti untuk tujuan pengesahan dan kelulusan Ketua Jabatan Kewangan.
Bagi pembatalan tempahan kurang dari tiga puluh (30) hari dari tarikh penggunaan, segala pembayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan.
Pihak GMI akan mengutip “Deposit Boleh Dikembalikan” sebanyak RM500.00 untuk tujuan sekiranya terdapat sebarang kecacatan di Dewan Dato Feisol Hassan Halle atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak GMI deposit tersebut tidak akan dikembalikan. Pihak GMi akan mengembalikan deposit tersebut dalam masa tiga (3) minggu sekiranya segala peraturan-peraturan GMI dipatuhi.
Segala pembayaran boleh dibuat samada secara tunai atau cek berpalang diatas nama “German-Malaysian Institute” dan hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum tujuh (7) hari dari tarikh penggunaan.
Pembayaran perlu dikemukakan ke
Kaunter Kewangan
Aras 2 Blok Pentadbiran
German-Malaysian Institute
Jalan Ilmiah Taman Universiti,
43000 Kajang Selangor.
Waktu Urusan Kaunter:
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
2.30 petang – 4.00 petang
Pengesahan keperluan perlu dinyatakan semasa membuat pembayaran pengesahan.
Sebarang pertambahan keperluan perlu dimaklumkan selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh penggunaan.
Waktu penggunaan ruang/tempat auditorium adalah seperti berikut:
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 11.00 malam
Sabtu : 8.00 pagi – 6.00 petang
8.00 malam – 12 tengah malam
Ahad : 10.00 pagi – 12 tengah malam
Tanggungjawab GMI
- Menyediakan keperluan teknikal iaitu sistem lampu, sistem bunyi dan hawa dingin.
- Menempatkan seorang Juruteknik untuk bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan penyeliaan peralatan teknikal milik GMI sahaja serta seorang kakitangan GMI bagi tujuan penyeliaan penggunaan auditorium.
- GMI boleh dan berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual yang bertujuan untuk simpanan/dokumentasi pihak GMI yang bukan untuk tujuan dagangan.
- GMI tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan, props dan lain lain barang teknikal milik Penyewa yang disimpan di adalam kawasan auditorium sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan.
- GMI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian penyewa, pekerja-pekerja, agen-agen atau tetamu sebelum, semasa dan selepas penggunaan auditorium.
- GMI tidak menyediakan pekerja bagi membantu persiapan pihak Penyewa.
- GMI berhak membatalkan tempahan jika didapati Penyewa gagal mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak akan membayar sebarang ganti rugi.
- GMI atau pegawainya yang diberi kuasa hendaklah dibenarkan keluar atau masuk auditorium pada bila-bila masa untuk menjalankan pemeriksaan atau tugasan yang telah diberikan.
- GMI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku akibat kerosakan peralatan, kegagalan bekalan elektrik, kebakaran dan lain lain kejadian semulajadi yang mungkin mengakibatkan pembatalan penyewaan atau penutupan auditorium.
Tanggungjawab Penyewa
- Bertanggungjawab memastikan segala penggunaan peralatan dan kemudahan milik GMI diselenggarakan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kemusnahan atau kehilangan kepada peralatan atau kemudahan tersebut akibat kecuaian Penyewa, GMI berhak menuntut gantirugi.
- Sebarang peralatan yang dibawa masuk ke dalam auditorium perlulah dinyatakan jenis dan bilangannya.
- Semua peralatan, harta benda milik penyewa atau barangan lain seupamanya hendaklah dibawa masuk lebih awal dan perlulah mendapat persetujuan (tarikh dan masa) GMI terlebih dahulu.
- Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua bahagian ruang/tempat yang digunakan.
- Pemasangan backdrop atas pentas hendaklah dilakukan tanpa menggunakan paku. Backdrop hendaklah ditanggalkan selepas sahaja majlis selesai dan membersihkan segala kesan yang tertinggal serta memastikan tiada sebarang kecacatan berlaku. Sekiranya berlaku kekotoran atau kerosakan, Penyewa adalah bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan tersebut.
- Penyewa tidak dibenarkan menampal/melekat bahan-bahan seperti poster, brosur, kain rentang, sepanduk atau gambar dimana-mana bahagian dinding atau cermin bangunan melainkan ianya mendapat kelulusan/kebenaran GMI.
- Aktiviti yang berbentuk persembahan, Penyewa hendaklah menyediakan Technical Team sendiri. GMI hanya akan menyediakan Juruteknik untuk bertindak sebagai Penyelia peralatan dan ruang/tempat.
- Mengeluarkan segala peralatan persendirian termasuk props, set dan semua barang-barang kepunyaan Penyewa daripada dalam atau luar auditorium selepas tamat masa penggunaan.
- Penyewa tidak dibenarkan menggunakan mana-mana bahagian ruang/tempat yang tidak ditempah tanpa kebenaran GMI.
- Setiap persembahan/pertunjukkan/majlis yang memerlukan surat kelulusan atau permit dari pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa, perlulah dikemukakan salinan permit tersebut kepada GMI.
- Semua kawasan dalam kampus GMI adalah kawasan larangan merokok.
- Seluruh kawasan dalam auditorium adalah kawasan dilarang makan dan minum.
- Minuman keras adalah dilarang sama sekali.
- Sebarang aktiviti jualan adalah tidak dibenarkan semasa persembahan/pertunjukkan/majlis sedang diadakan kecuali mendapat kebenaran GMI.
- Sebarang persiapan atau “rehearsal‟ didalam dewan tidak akan disediakan hawa dingin.
- Persembahan/pertunjukkan/majlis mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam atau dasar GMI.
- Persembahan/pertunjukkan/majlis yang melibatkan permainan muzik hendaklah dihentikan apabila masuk waktu solat ketika azan dilaungkan di Surau GMI.
- Penyewa dikehendaki menunjukkan resit bayaran/surat tawaran kepada pengawal keselamatan GMI sebelum masuk ke tempat yang disewa.
- Poster-poster yang berunsur lucah atau minuman keras dan bermotifkan politik tidak dibenarkan dipasang dikawasan auditorium.
- Sebarang bentuk perhiasan menggunakan batang pisang, beras dan sebagainya sama ada di pintu masuk atau kawasan auditorium adalah tidak dibenarkan.
- Sebarang peralatan yang dibawa masuk ke dalam auditorium hendaklah menggunakan troli supaya tidak merosakkan lantai auditorium.
- Mana-mana peralatan/perkakas/barangan yang ditinggalkan di auditorium dan tidak dituntut dalam tempoh tujuh (7) hari akan DILUPUSKAN.
- Seberang keperluan makan dan minum hendaklah dimaklumkan kepada Unit Pentadbiran.
- Tempat makan dan minum hanya dibenarkan dikawasan yang disediakan oleh pihak GMI.
- Penyewa boleh membawa pembekal sendiri bagi membekalkan makan dan minum.
- Syarikat pembekal makanan adalah dilarang memasak/memanas bahan-bahan untuk jamuan dan dilarang mencuci/membasuh pinggan mangkuk dikawasan auditorium dan kawasan bangunan Pentadbiran kecuali dikawasan yang dibenarkan oleh GMI.
- Segala peralatan/perkakas jamuan hendaklah dikeluarkan daripada kawasan auditorium setelah tamat majlis/program.
- Penyewa hendaklah memastikan bahawa segala makanan dan minuman adalah halal.
- Syarikat pembekal makanan hendaklah sentiasa memastikan kebersihan kawasan auditorium dan bangunan Pentadbiran sepanjang majlis/program bermula dan berakhir.
- Syarikat pembekal makanan hendaklah memastikan semua sisa-sisa makanan tidak dibuang ke dalam sinki/mangkuk tandas/persekitaran auditorium dan bangunan Pentadbiran. Semua sisa makanan tidak dibenarkan dibuang di tong tong sampah milik GMI.
- Tempat persiapan makanan dan penyimpanan sementara peralatan/perkakas jamuan akan ditentukan oleh GMI.
- Segala peralatan/perkakas berat yang dibawa oleh syarikat pembekal makanan hendaklah diangkat menggunakan troli supaya tidak merosakkan kawasan lantai bangunan Pentadbiran.
- Syarikat pembekal makanan perlu membersihkan kawasan bangunan Pentadbiran yang digunakan sebelum meninggalkan premis.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami di Unit Fasiliti
Email:
– sakeri@gmi.edu.my
– maizura@gmi.edu.my
No. Telefon :
– 03-89219001
– 03-89219195