Simple Steps To Pre-Book Our Sports Facilities:
- Check availability in the calendar below.
- Pre-booking must be done 3 working days before use.
- Choose either internal (student & staff) or external pre-booking at the button below.
- Fill in online form.
- We will contact you via email after 3 working days to confirm your reservation.
1. Pelajar dan staff diminta untuk membuat tempahan (booking) untuk penggunaan fasiliti Kompleks Sukan.
2. Tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penggunaan menggunakan borang online di laman sesawang GMI. Tempoh maksimum tempahan adalah untuk 2 minggu berturut-turut sahaja.
3. Waktu penggunaan adalah seperti berikut :
Ahad – Khamis : 8:00 pagi – 11:30 malam
Jumaat – Sabtu : 8:00 pagi – 12:00 tengah malam
SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN Fasiliti Kompleks Sukan adalah seperti termaktub di dalam “Rules and Regulations for Use of Sports Complex Facilities”
4. Keutamaan penggunaan adalah seperti berikut :
i. Aktiviti rasmi, aktiviti GMI ( Karnival Sukan, Pertandingan )
ii. Kelab da Persatuan GMI & MPU 4
iii. Individu (Kakitangan dan Pelajar)
5. Jadual penggunaan fasiliti boleh disemak di dalam kalender di atas.
SYARAT-SYARAT AM
1. Setiap penggunaan memerlukan kelulusan dari Pejabat Pendaftar.
2. Setiap tempahan tidak boleh melebihi 3 jam.
3. Pengguna hendaklah berpakaian sukan yang lengkap.
4. Semua kawasan di Kompleks Sukan adalah kawasan larangan merokok.
5. Seluruh kawasan dalam dewan badminton, gelanggang futsal, gelanggang skuash dan gimnasium adalah kawasan dilarang makan dan minum.
6. Minuman keras adalah dilarang sama sekali.
7. Sebarang aktiviti jualan adalah tidak dibenarkan semasa aktiviti sedang diadakan kecuali mendapat kebenaran Pejabat Pendaftar.
8. Sebarang persiapan atau raptai di kawasan Kompleks Sukan perlu mendapat pengesahan Pejabat Pendaftar.
9. Sebarang aktiviti yang dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam atau dasar-dasar GMI.
10. Sebarang aktiviti yang melibatkan permainan muzik hendaklah dihentikan ketika azan dilaungkan di Surau GMI.
11. Pengguna hendaklah memastikan kawasan yang digunakan dibersihkan oleh selepas aktiviti.
12. Pengguna hendaklah menjaga kemudahan dan tidak melakukan vandalisma. Jika berlaku sebarang kerosakan, pengguna hendaklah melaporkan segera kepada Pejabat Pendaftar.
13. Jika berlaku sebarang kecederaan, pengguna hendaklah melaporkan segera kepada pengawal keselamatan.
14. Kemudahan Kompleks Sukan hanya untuk pelajar dan kakitangan GMI dan orang luar tidak dibenarkan menggunakan kemudahan kompleks sukan tanpa kebenaran & tempahan sah melalui Pejabat Pendaftar atau AMP.
15. Meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.
16. Sila ajukan sebarang pertanyaan ke e-mail sport-sa@gmi.edu.my