
Sepang, 25 Mac 2024: Semalam seramai 43 orang pelajar German University Preparatory Programme (GAPP) Batch 22 dari German-Malaysian Institute telah berlepas ke Berlin, Jerman untuk persediaan bahasa selama 6 bulan dan kemudian akan menyambung pengajian Ijazah Kejuruteraan di University of Applied Sciences di Jerman pada Oktober 2024. Pelajar- pelajar ini terdiri daripada pelajar tajaan MARA di bawah Young Talent Development Programme (YTP) dan juga pelajar persendirian (Private Student).
Turut Hadir di Majlis Pelepasan Kumpulan Ketiga ini, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif GMI Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff adalah, Ketua Jabatan Asasi, Pra-Universiti dan Pengajian Umum, Pn. Salwani binti Abu Bakar, Barisan Kakitangan dan Tenaga Pengajar Jabatan Asasi, Pra-Universiti dan Pengajian Umum serta Unit Media GMI.
Tidak dilupakan wakil daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Penolong Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, En. Nor Azmi bin Hashaim.Tahniah & Syabas diucapkan! GMI mendoakan agar kesemua 43 orang #GMIGeneration akan terus maju jaya sehingga tamat pengajian nanti.