30 September 2024, Kajang – Pada 27 hingga 29 September yang lalu, GMI telah menyertai Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 sebagai pempamer di Melaka International Trade Center (MITC), Melaka. Ekspo TVET@KKDW merupakan acara tahunan yang diadakan secara hibrid, menggabungkan pengalaman fizikal dan dalam talian.
Acara yang meriah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga menjalankan tugas sebagai Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Objektif dan Penyertaan
Ekspo ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan ibu bapa dan pelajar, tentang kepentingan pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan melalui program TVET. Penganjuran ekspo ini telah melibatkan kerjasama daripada 279 institusi TVET@KKDW di bawah tujuh agensi penyedia TVET dalam Kementerian ini.
Zon Pameran dan Aktiviti
Pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan yang terbahagi kepada enam zon:
- Pameran & Demonstrasi
- Cabaran Kemahiran & Fesyen
- Industri & Kolaborasi
- Teknousahawan & Jualan
- Seminar & Kerjaya
- Komuniti & Perkhidmatan
Kemenangan German-Malaysian Institute (GMI)
GMI telah aktif menyertai dalam Cabaran Kemahiran & Fesyen (Zon 2) serta meraih kejayaan dengan membawa pulang lapan pingat berikut:
- Kategori Produk Pengguna:
o 2 Pingat Emas:
Perisian Anti-Clickjacking Berasaskan Web
Fly Fishing Reel - Kategori Automatif/Pengangkutan:
o 1 Pingat Emas:
Blisk Aeroangkasa - Kategori Pendidikan:
o 3 Pingat Emas:
Single Copter Drone Cage System for STEM Education
Cube in Cube
Script Kiddie CTF
o 1 Pingat Gangsa:
Mini Lathe Machine - Kategori Elektrik/Elektronik:
o 1 Pingat Gangsa:
Aplikasi IR4.0 pada Pertanian Moden Hidroponik melalui Internet Pelbagai Benda (IoT)
Ucapan Tahniah
GMI mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang membanggakan ini! Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi di mata umum, tetapi juga menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk menceburi bidang TVET.
Kami berharap Ekspo TVET@KKDW akan terus mempromosi pendidikan kemahiran di Malaysia sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk generasi akan datang. GMI akan terus komited untuk membangunkan masa depan yang cerah melalui pendidikan TVET!