Kajang 3 Februari 2024 – Unit MPU 2342 Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan satu program yang bertempat di Auditorium GMI bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Program ini melibatkan seramai 104 pelajar daripada semester 2 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 4 orang Pegawai Latihan Teknikal Unit KIAR yang diketuai oleh Ustazah Nik Aisyah serta Drs. Idris, En. Mohd Hasrul dan En. Mohammad Fareez. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang jenayah-jenayah yang kolar putih dan kesalahan liabiliti korporat. Selain itu, memberi peluang kepada para pelajar untuk mendengar sendiri taklimat daripada pegawai SPRM.
Ceramah KIAR ini telah disampaikan sendiri oleh PKPj Tuan Mohd Nur Lokman bin Samingan, Pegawai Unit Pendidikan (IPT dan Sekolah) SPRM Cawangan Ibu Pejabat, Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Ms. Norazita Binti Hj Kudus, selaku Ketua Seksyen FPGS yang banyak membantu dalam melancarkan program ini. Begitu juga, pelbagai pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai kesan negatif rasuah terhadap masa depan negara. Program ini diharapkan dapat menjadi langkah penting dalam meningkatkan kesedaran dan integriti di kalangan pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya.



