Lawatan Akademik Persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) & Majlis Perwakilan Pelajar GMI ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 23 April 2024.
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran betapa mustahaknya penerapan nilai-nilai integriti di kalangan mahasiswa dan kesedaran terhadap pencegahan rasuah di Malaysia.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi bergambar di lobi SPRM dan seterusnya para peserta dibawa melawat ke konti MACC fm, seterusnya melawat ke bilik kawat cam dan seterusnya ke bilik ‘Video Interview Room’ (VIR),sky bridge dan dataran kawad. Sesi diolog Bersama Pegawai SPRM dari unit Bahagian Pendidikan Masyarakat.
Turut hadir dalam lawatan ini penasihat kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) GMI, Pn. Noormazla Mohamad Nizan, penasihat kelab Majlis Perwakilan Pelajar Gmi, En. Ahmad Irsyad Izuddin Husaini, Ketua Integriti & Governans, Pn. Nor Hazwani Hanis Ismail dan Pegawai Integriti & Governans GMI , Pn. Amina Azdiah Abu Bakar Sidek
Kesimpulannya, lawatan sambil belajar ini memberikan impak yang positif sekaligus mendekatkan SPRM dengan masyarakat seterusnya mendapatkan sokongan mereka dalam usaha pencegahan rasuah. Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) mempunyai tanggungjawab sebagai rakan strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada mahasiswa di negara ini.