Menu

Lawatan Penanda Aras oleh Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)

Kajang, 12 September 2023 – Terima kasih diucapkan kepada delegasi daripada Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) kerana sudi mengadakan lawatan ke German-Malaysian Institute.

Delegasi telah disambut oleh Timbalan Pengarah Urusan (Akademik & Operasi), Ts. Fahrul Rizal bin A. Halim, Timbalan Pengarah Urusan (Khidmat Korporat), Ts. Dr. Muhamad Farid bin Daud dan barisan pengurusan GMI.

Manakala cenderahati kepada wakil delegasi INSTEP telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan GMI Tuan Haji Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff.

Sehingga bertemu lagi!