Majlis Korban GMI 2024 Anjuran Bersama Badan Kebajikan Islam GMI & Surau An-Najah GMI
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, di pagi hari Khamis yang dingin selepas hujan, Majlis Korban GMI 2024 Anjuran Bersama Badan Kebajikan Islam GMI & Surau An-Najah GMI telah berjalan dengan penuh barakah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada muslimin dan muslimat yang hadir untuk bersama-sama bergotong-royong pada majlis ini.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif German-Malaysian Institute, Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff serta Barisan Ahli Pengurusan GMI yang hadir meluangkan masa merewang bersama warga GMI hari ini.
Pada tahun ini, sebanyak lima(5) ekor kambing dan dua(2) ekor lembu telah selamat dikorbankan dan daging-daging korban tersebut telah diagih-diagihkan kepada peserta korban, fakir dan miskin, penduduk sekitar Kampus GMI serta dijadikan juadah santapan tengah hari buat semua yang hadir.
Semoga ibadah korban GMI pada tahun ini dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T, Aamiinn