


Alhamdulillah, sebentar tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Infaq Ramadan 1445H dengan Usahasama diantara Surau An-Najah GMI & Pejabat Pendaftar GMI kepada 100 pelajar B40 GMI.
Majlis yang penuh barakah ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif German-Malaysian Institute, Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff dan diiringi oleh Barisan Ahli Pengurusan GMI, Kakitangan, Wakil Surau serta para penerima sumbangan.
Semoga dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima untuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.