Menu

Pertandingan Mencipta Logo & Slogan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar/ pelatih Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia, sama ada awam atau swasta.

Penyertaan pelajar/ pelatih adalah secara individu dan berkumpulan.

Penyertaan adalah percuma.

Peserta secara individu boleh menghantar lebih dari satu (1) penyertaan logo dan slogan, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.

Logo dan slogan TVET@KPLB yang dihasilkan hendaklah karya asli peserta, tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan seumpamanya dan tiada unsur plagiat daripada mana-mana logo dan slogan dalam negara atau luar negara.

Semua logo dan slogan yang dikemukakan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Penganjur. Peserta tidak memiliki sebarang hak atau tuntutan terhadap logo dan slogan tersebut yang telah dikemukakan kepada penganjur.

Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju untuk memberikan hak cipta logo dan slogan tersebut kepada Penganjur serta membenarkan Penganjur untuk mengubahsuai, menggunakan semula, menyiarkan atau menerbit logo dan slogan tersebut dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada dalam atau luar negara bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi, komersial dan sebagainya, tanpa sebarang notis atau pembayaran/ royalti kepada peserta.


Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta dianggap secara automatik mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen dalam penghasilan logo dan slogan tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga dan/ atau undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga/ undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

Penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat pertandingan serta membuat apa-apa keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah pada bila-bila masa.

Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Penganjur. Kriteria penilaian pula meliputi aspek kreativiti, teknik persembahan, dan keaslian serta pematuhan spesifikasi yang telah digariskan oleh Penganjur.

Panel juri berhak untuk membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati tidak mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.
Keputusan juri adalah muktamad.

SPESIFIKASI LOGO DAN SLOGAN

Hasil reka cipta logo dan slogan mestilah dalam Bahasa Melayu.

Hasil reka cipta logo dan slogan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum, politik dan sebagainya.

Hasil reka cipta logo dan slogan tidak melebihi empat (4) warna.

Hasil reka cipta logo dan slogan yang dihasilkan perlu diberikan keterangan/ penjelasan ringkas.

Hasil reka cipta logo dan slogan yang dihasilkan perlu menggunakan grafik komputer serta hendaklah dihantar dalam saiz dan format berikut:

Saiz A4 (21cm x 29.7cm) berlatar belakang warna putih; dan Format PDF, JPEG atau PNG beresolusi tinggi.

TEMPOH PERTANDINGAN

Tarikh/ tempoh penyertaan: 1 – 20 September 2021

Tarikh tutup penyertaan: 20 September 2021

Tarikh keputusan diumumkan: 2 Oktober 2021 (rujuk laman web https://ekspotvet.rurallink.gov.my dan media sosial rasmi KPLB)

KAEDAH PENYERTAAN

Peserta ‘Like’ dan ‘Follow’ Laman Facebook KPLB

Peserta mengisi e-borang penyertaan di laman web https://ekspotvet.rurallink.gov.my

Peserta memuatnaik salinan kad pelajar di e-borang penyertaan di laman web ekspotvet.rurallink.gov.my sebagai bukti peserta merupakan pelajar Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia sama ada awam atau swasta.

Peserta memuatnaik hasil reka cipta logo dan slogan di ruangan yang disediakan di e-borang penyertaan di laman web https://ekspotvet.rurallink.gov.my.

HADIAH PERTANDINGAN

Tempat Pertama: 1 x wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan
Tempat Kedua: 1 x wang tunai RM750 dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga: 1 x wang tunai RM500 dan sijil penyertaan
Hadiah Saguhati: 10 x wang tunai RM200 dan sijil penyertaan

#gmi #GMIGeneration #kplb #luarbandarsejahtera