Menu

Program Pra-Pelepasan Perdana Pelajar Tajaan MARA ke Luar Negara oleh Pengerusi MARA YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki

Kajang, 28 Ogos 2023 – German-Malaysian Institute yang diwakili Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff, berbesar hati menyambut kehadiran Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki di Feisol Hassan-Halle GMI bagi menyempurnakan Program Pra-Pelepasan Perdana Pelajar Tajaan MARA Ke Luar Negara “Know Before You Go 2023” sebentar tadi.

Turut hadir Ahli Majlis MARA, YBhg Datuk Rosni binti Sohar, Timbalan Ketua Pengarah ( Pendidikan) MARA, YBrs Encik Razlan bin Hj Samuri, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, YBrs. Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Barisan Pengurusan & Subsidiari MARA, Rakan- Rakan Media dan Para Pelajar.

Jutaan Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki kerana sudi hadir ke Kampus GMI, sehingga bertemu lagi.