Kajang, 7 Ogos 2023 – Majlis Pembukaan Minggu Orientasi dan Bacaan Ikrar Pelajar Baru German University Preparatory Programme Sesi 2023 (GAPP 2023), Kumpulan Ke-2 GMI-UTP Foundation Programme Sesi 2023 (GUFP) dan Kumpulan Ke-3 Pelajar Diploma telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan GMI, Tn. Hj. Ahmad Solihin Mohamed Yusoff sebentar tadi.
Turut hadir mengiring beliau adalah barisan Pengurusan Tertinggi GMI yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Urusan (Akademi & Operasi) GMI, Ts. Dr. Muhamad Farid Daud; Pendaftar, Pn. Aini Arshad; Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Ts. Syed Nizam Syed Idris; Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Ts. Dr. Rohaya Kamaluddin; Ketua Jabatan Asasi, Pra-Universiti & Pengajian Umum, Pn. Salwani Abu Bakar; Ketua-ketua Seksyen dan warga kerja GMI.
Tidak dilupakan juga kepada pelajar-pelajar senior GMI yang bertugas sebagai fasilitator Minggu pada Minggu Orientasi Ambilan Julai 2023 yang terdiri daripada wakil-wakil daripada GMI Student Representative Committee GMI (GMI SRC) dan GMI Student Resident Assistant (GMI SRA) serta wakil-wakil daripada GMI LEGARIANS Club (LEGA) yang bertugas sebagai MEDIA pada sesi kali ini.






Selamat menempuhi alam pengajian di GMI dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar dalam ketiga-tiga program pengajian.