Menu

Sekitar Program Ambang Merdeka GMI 2023

Kajang, 31 Ogos 2023 – German-Malaysian Institute semalam telah melakar sejarahnya tersendiri apabila buat julung kalinya sejak penubuhan, telah diadakan Program Ambang Merdeka GMI 2023!

Program telah dirasmikan melalui gimik perasmian oleh Pengarah Urusan GMI Tn. Hj. Ahmad Solihin bin Mohamed Yusoff dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Urusan (Khidmat Korporat) Ts. Fahrul Rizal bin A. Halim; Timbalan Pengarah Urusan (Akademik & Operasi) Ts. Dr. Muhamad Farid bin Daud dan Pendaftar Pn. Aini binti Arshad.

Program ini juga telah dihadiri oleh Barisan Pengurusan GMI, barisan kakitangan beserta keluarga, juga penglibatan pelajar-pelajar. Program bermula dengan perarakan masuk Barisan Pengurusan Tertinggi GMI, bacaan doa, ucapan presiden SRC GMI, ucapan Pengarah Urusan, persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia GMI, deklamasi sajak dari wakil pelajar GMI, tarian 1 Malaysia oleh Kelab Borneo GMI, deklamasi sajak dari wakil kakitangan GMI, nyanyian dari warga GMI, persembahan “Live Band” dari Kelab Musen GMI dan acara kemuncak iaitu “countdown” ambang merdeka beserta 160 das bunga api dan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Tanggal 31.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan program yang gilang gemilang ini, sehingga bertemu lagi pada tahun hadapan!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-66!

Skip to content