Sesi Taklimat German-Malaysian Institute Bersama Angkatan Tentera Malaysia
Sesi taklimat dan perbincangan mengenai program-program di GMI kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2024 di Bilik Mesyuarat Sri Bayu, Perpustakaan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
GMI telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan (Akademik & Operasi) GMI, Ts. Fahrul Rizal A. Halim manakala ATM telah diketuai oleh Mejar Mohamed Huzaifah bin Mohamed Lasin. Sesi ini disertai oleh wakil-wakil dari Markas Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada kepada Angkatan Tentera Malaysia diatas kesudian menerima kunjungan daripada German-Malaysian Institute.
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak untuk bekerjasama di masa akan datang.
Sehingga bertemu lagi!