Menu

Tiktok Challenge “Saya Budak TVET”

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar/ pelatih Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia, sama ada awam atau swasta.

Penyertaan pelajar/ pelatih adalah secara individu dan berkumpulan.
Penyertaan adalah percuma.

Peserta secara individu dan berkumpulan boleh menghantar lebih dari satu (1) video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.

Video yang dihasilkan tidak boleh melebihi durasi 30 saat, dengan kandungan pengisian berkaitan dengan TVET.

Video yang dihasilkan mestilah karya asli peserta, kreatif dan bertemakan “Saya Budak TVET”

Video yang dihasilkan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum, politik dan sebagainya.

Peserta juga diingatkan untuk sentiasan menjaga tatakelakuan dalam video yang dihasilkan dan menjaga nama baik institusi masing-masing.

Semua video yang dikemukakan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Penganjur. Peserta tidak memiliki sebarang hak atau tuntutan terhadap video yang telah dikemukakan kepada penganjur.

Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju untuk memberikan hak cipta video kepada Penganjur serta membenarkan Penganjur untuk mengubahsuai, menggunakan semula, menyiarkan atau menerbit video dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada dalam atau luar negara bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi, komersial dan sebagainya, tanpa sebarang notis atau pembayaran/ royalti kepada peserta.

Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta dianggap secara automatik mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen dalam penghasilan video tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga dan/ atau undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga/ undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

Penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat pertandingan serta membuat apa-apa keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah pada bila-bila masa.

Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Penganjur dan akan disenarai pendek terlebih dahulu sebelum Penganjur memuat naik video terpilih ke Laman Facebook Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi proses undian ‘Like’ dan ‘Share’. Kriteria penilaian juri pula meliputi aspek kreativiti, teknik persembahan, dan keaslian idea video, dan jumlah “Like dan ‘Share’ yang terbanyak.

Panel juri berhak untuk membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati tidak mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.
Keputusan juri adalah muktamad.

TEMPOH PERTANDINGAN

Tarikh/ tempoh penyertaan: 1 – 20 September 2021

Tarikh tutup penyertaan: 20 September 2021
Tarikh undian “Like” di Facebook KPLB: 23 – 28 September 2021

Tarikh keputusan diumumkan: 2 Oktober 2021 (rujuk laman web https://ekspotvet.rurallink.gov.my dan media sosial rasmi KPLB)

KAEDAH PENYERTAAN

Peserta ‘Like’ dan ‘Follow’ Laman Facebook KPLB

Peserta mengisi e-borang penyertaan di laman web https://ekspotvet.rurallink.gov.my

Peserta memuatnaik salinan kad pelajar di e-borang penyertaan di laman web ekspotvet.rurallink.gov.my, sebagai bukti peserta merupakan pelajar Institusi Pendidikan TVET/ Institusi Latihan Kemahiran di Malaysia sama ada awam atau swasta

Peserta memuatnaik video di aplikasi Tiktok peserta dengan hastag #SayaBudakTVET dan #PilihanKemahiranAnda

Peserta kongsi link video TikTok peserta di ruangan yang disediakan di e-borang penyertaan di laman web https://ekspotvet.rurallink.gov.my

Peserta memastikan akaun TikTok peserta telah ditetapkan pada mod ‘PUBLIC’.

HADIAH PERTANDINGAN

Tempat Pertama: 1 x wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan
Tempat Kedua: 1 x wang tunai RM750 dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga: 1 x wang tunai RM500 dan sijil penyertaan
Hadiah Saguhati: 10 x wang tunai RM200 dan sijil penyertaan

#gmi #GMIGeneration #kplb #luarbandarsejahtera #tiktokchallenge